Sunday 29 July 2012

siapa kita hari ini?

Aku memerhati dunia hari ini,aku melihat begitu banyak manusia yang suka menyalahkan orang lain sedangkan kesalahan dan kesilapan yang dibuat adalah daripada kita sendiri..kita lebih suka melihat kelemahan dan keburukan orang lain dari melihat kejahatan kita sendiri..kita ketawa melihat orang lain bersusah payah mencari rezeki untuk sesuap nasi sedangkan rezeki yang kita perolehi belum tentu halal dan baik..kita ketawa bila melihat sebuah keluarga hanya tinggal di sebuah rumah kayu yang kecik,bersemak dan busuk atau hanya mampu menyewa di rumah flat..ada tak kita terfikir,rumah yang kita duduk tu dibeli dengan hutang atau cash?kalau rumah dah harga ratusan ribu atau jutaan ringgit mestilah berhutang kan?dah habis bayar ke?beli kerana ingin menunjuk2,riak,bangga atau apa?sekurang-kurangnya rumah kayu tu takde hutang yang perlu dibayar..aku melihat semakin ramai manusia yang suk sangat berprasangka buruk terhadap orang lain..bila seeorang wanita membawa kereta mewah atau memakai baju berjenama,kata mereka, "eleh,dia dibela sugar daddy la tu" padahal wanita tu "manager" tu..tapi bila wanita tu pakai baju fesyen lama, orang kata " baju tu lagi,tak de baju lain dah ke? padahal baju baru penuh satu almari..ni sikap manusia hari ini..suka sangat bersangka buruk..husnuzon sikit..aku lagi hairan dengan kebanyakkan manusia hari ini,kenapa begitu sombong?aku melihat dari banyak aspek..aku melihat pelajar-pelajar universiti hari ini, kebanyakkan mereka bangga sangat dah ada degree/master/PHD?sepatutnya kita rasa bersyukur ilmu tu datang daripada Allah s.w.t..Allah beri kita kesihatan untuk terus berusaha menjadikan kita pelajar yang berjaya dalam bidang masing2..ni baru je dapat degree berlagak..nak kerja dalam ofis ada air-cond je..tak nak panas-panas..meluat je..aku tengok ramai je yang kerja dalam hutan,atas laut,atas jalan raya ok je..takde nak marah-marah pun..manusia sekarang terlalu manja..nak hidup senang tanpa rasa susah sikit pun..kamu ingat nak senang tu senang ke?kalau kita mencari yang senang tanpa rasa susah,kita tak kan dapat capai kesenangan dan kebahagiaan..manusia hari ini lebih mencari kesenangan daripada kebahagiaan..tapi aku lebih memilih kebahagiaan..kebahagiaan memjadikan hati kita lebih tenang..tenang untuk mencari Tuhan yg Hakiki..aku berharap manusia hari ini lebih terbuka minda dan hati untuk memerhati kesusahan orang lain sebelum mengkritik dan menghina..manusia tak perlu bertikam lidah untuk mencari siapa ranking pertama di pentas dunia ini..kerana dunia hanya sementara..Allah menguji kita dengan pelbagai musibah dan ujian kerana Allah memberi peluang dan ruang untuk kita sedar siapa kita di mata ALLAH..

Sunday 1 July 2012

lirik lagu..

PENGHUJUNG RINDUKU

Kau pergi tanpa kerelaan,
Membiarkan aku sendiri di sini,
Hanya cintamu yang menemani,
Sehingga ke akhir hayat diriku.

Ku menangis dalam sujudku,
Setia menanti pada cintamu,
Aku rindu kepulanganmu,
Walau kau jauh dariku.

Chorus:
Sayangku,
Aku mencarimu,
Namun ku tahu,
Kau tiada lagi,
Aku rindukan bayangamu,
Hadir dalam hatiku,
Walau ku tahu,
Inilah penghujung rinduku. 

Ku menangis dalam sujudku,
Setia menanti pada cintamu,
Aku rindu kepulanganmu,
Walau kau jauh dariku,
Inilah penghujung rinduku.

lirik by: wanbella.
 

Friday 9 December 2011

pesanan dari LUQMAN AL HAKIM

*~Pesanan Luqman kepada anaknya: 

“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:

1-Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
2-Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
3-Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
4-Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
5-Ingat kepada Allah SWT
6-Lupakan budi baik mu pada orang lain.
7-Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
8-Ingat kepada mati."~*

nikah oh nikah!

KELEBIHAN NIKAH

saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!....

Allhhurabbi..SERONOKNYA.....

tapi kalau couple???x dapat pahala....senyum2 manja pom dah BERDOSA..
*RENUNG2 KAN.....